Click Here!!

Thursday 28 June 2012

KESENGSARAAN ITU PENUH HIKMAH.^_*

                                         
                                               Just Usaha,Doa Dan Tawakal jew!



Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,sehingga harus dibenci.kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.

Sesungguhnya ,ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap datang dari hati yang sakit.Begitu juga penderitaan dan bebanan yang dialami oleh seseorang pelajar untuk menuntut ilmu,yang akhirnya menjadikan seseorang pelajar itu seorang ilmuan yang terkemuka.Demikianlah,kerana dia telah bersusah payah di awal perjalannya,sehingga dia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.

Ramai orang di dunia yang berjaya menghasilkan karya terbaik,kerana mereka pernah merasakan penderitaan.Di dunia ini,ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kekayaan .Oleh itu,jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan kesengsaraan, kekuatan bagimu dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti.Jika anda hidup dengan hati yang membara,terbakar dan jiwa yang bergelora kerana penderitaan,akan lebih baik dan lebih terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin,semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

Sumber Pembacaan:Dr'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI'...Terima kasih kepada penulis ini kerana hasil karya beliau memberi dan pencetus semangat kepada aku...he2

No comments:

Post a Comment