Click Here!!

Tuesday 26 June 2012

APAKAH 'QARIN' ITU?

                                                        
 
 Qarin jahat vs baik


 Tidak ramai yang mengetahui tentang 'Qarin' ini.Sebenarnya begitulah kehendak Allah s.w.t.bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi baik malam mahupun siang,mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahannya daripada melakukan ketaatan.Oleh kerana terlalu rapat dengan manusia ia digelar 'Qarin'.

Untuk mengimbangkan kekuasaaNya ,maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia berbuat kebajikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.Maka manusialah yang harus membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat atau syaitan.Sabda Rasullah s.a.w.daripada Abdullah Ma'sud r.a.:

Maksudnya:
Setiap kamu ada  Qarin daripada bangsa Jin,dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat.Mereka berkata,Engkau juga ya Rasullah''Sabdanya,''Ya aku juga ada ,tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dal hal kebajikan sahaja.''

Kesimpulannya,Qarin ini ada pada setiap orang baik dia seorang manusia biasa mahupun para Nabi atau Rasul.Kesemua Qarin beragama kafir kecuali Qarin Rasul yang telah Islam.Walau bagaimanapun,malaikat turut diutuskan untuk mengimbangkan peranan diantara dua makhluk bagi kita memilih mana yang baik dan mana yang buruk.


No comments:

Post a Comment