Click Here!!

Monday 25 June 2012

OHH!!LeLaKi!!

                                                           

*Lelaki akan berasa bangga dengan kemampuan dan kebolehan yang mereka miliki dan mereka sukar untuk ''Meminta Maaf'' kerana bagi mereka tindakan itu akan menunjukkan mereka bersikap buruk dan telah melakukan kesilapan*

''Sejak kecil lagi,golongan lelaki telah dilatih menjadi individu yang memiliki daya ketahanan dan ciri-ciri fizikal yang lasak,aktif,lebih bertenaga dan berani''Oleh itu mereka akan mendengar ayat-ayat seperti ini:

-'Inilah baru dinamakan lelaki.Aiman kena baling bola tu jauh lagi'!.
-'Angkat kotak ini.Anak lelaki mana boleh lembik-lembik.kena kuat sikit.!

kerana itu,lelaki akan mudah berasa tercabar dan bertindak defensif sekiranya ada individu,terutama wanita mula mempertikaikan kemampuan dan kebolehan dirinya.Mereka juga mudah menginteprestasikan apa yang disampaikan oleh wanita dengan maksud yang berlainan,contohnya apabila seseorang ibu menegur anak lelakinya dengan cara yang baik tetapi kanak-kanak lelaki itu mentafsirkan,'Apa yang awak buat ini salah.Sebab itulah awak sentiasa kelihatan jahat'. .Lazimnya lelaki tidak memberikan perhatiaan yang sepenuhnya apabila menerima sebarang teguran atau nasihat.Sebaliknya perasaan geram dan marah lebih mudah menguasai diri sehingga menyebabkan mereka bersikaf'defensif'.Wanita hanya menegur dengan niat yang baik:lelaki berasa maruahnya tercabar dan dirinya dipersalahkan.kerana itu,ramai pasangan kekasih atau suami isteri sukar untuk menyuaikan diri antara satu sama lain.

 *Golongan lelaki lazimnya beranggapan mereka telah melakukan perkara atau tindakan yang betul,oleh itu setiap reaksi atau nasihat yang anda berikan lebih mudah disalah ertikan,dan seterusnya beranggapan seolah-olah anda hilang kepercayaan terhadap kewibawaan mereka*



No comments:

Post a Comment