Click Here!!

Thursday 27 September 2012

penyakit Alzheimer



Banyak kali kita dengar penyakit Alzheimer ni tapi bila suruh terangkan apakah alzheimer itu mulalah kita tergagap nak explainkan...huhuhu.sekarang ni aku nak terangkan apakah maksud penyakit Alzheimer ni yer,,nak tahu silalah baca ,klau tak nak tahu tak payah ambil tahu sampai bila2 pun tak pe,,,hehe,,It's up to you:-)

-Alzheimer ni adalah gangguan otak progresif yang secara perlahan-lahan memusnahkan kemampuan dan ingatan seseorang untuk belajar,berfikir,berkomunikasi dan menjalankan aktiviti harian.Pesakit mengalami perubahan tingkahlaku,selain delusi atau halusinasi.
-kalaulah penyakit itu yang mengubah corak kehidupan dan boleh melemahkan ini boleh dikaitkan dengan kemerosotan jangka hayat.
-Juga dikenali sebagai "selamat tinggal yang panjang".(penyakit ini penyebab utama dementia dikalangan orang tua dan risikonya meningkat bersama usia)boleh juga berlarutan sehingga 20 tahun,dengan pesakit akhirnya terlantar dan memerlukan penjagaan 24 jam sebalum meninggal.
-sehingga kini Alzheimer belum ada penyembuhnya.Tetapi senaman boleh memperbaiki kualiti kehidupan penghidapnya,dengan memberikan mereka kepuasan seolah-olah telah mencapai sesuatu.
Sebab tu la,aku ni suka sangat joging atau cycle setiap petang...hihihi
-Senaman secara berulangan(contohnya berjalan,berbasikal setempat,dan perbuatan seperti melipat pakaian)boleh mengurangkan kegelisahan penghidapnya kerana ia tidak perlu berfikir mengenai apa yang akan dilakukan seterusnya.
-Senaman secara tetap pada umumnya mempunyai pelbagai manfaat bagi penghidap Alzheimer,antaranya:
(1)Menambah mood.
(2)Menikmati tidur yang lebih nyenyak(gangguan tidur adalah perkara biasa bagi penghidap Alzheimer).
(3)Mengurangkan sembelit
(4)Mengurangkan kadar penyakit berkaitan kemerosotan mental.
(5)Mmperbaiki daya ingatan
(6)Mempunyai pergaulan yang lebih baik.