Click Here!!

Monday, 20 May 2013

LAWAK CAMPUS




Lawak campus




 lawak campus jilid 14: URL = www.mediafire.com/?i7yh0p0z1rfaii3

dapatkan sekarang..huhuh:)

















Sunday, 3 March 2013

CITRA MADANI INTERPRISE





CITRA MADANI INTERPRISE

PRODUK DAN SERVICE YANG BOLEH DIPEROLEHI DI KEDAI CITRA MADANI


-SERVICE PRINTING
- SERVIS MEMBAIKI COMPUTER
-MENJUAL TUDUNG,TELEKUNG
-SERVIS KAD KAHWIN
-SERVIS CLEANING
-MENJUAL ALAT TULIS
-SERVIS INTERNET
-MENJUAL SUPLIMENT ( DE SOJA)
-SERVIS SEWA KANOPI

CITRA MADANI ENTERPRISE,
NO 39 A LRG BERTAM INDAH 1
TMN BETAM INDAH,
13200 KEPALA BATAS,PULAU PINANG

























Saturday, 2 March 2013

de SOJA(CITRA MADANI)

De SOJA ialah minuman soya dengan ekstrak cat's claw & devil's claw,merupakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi untuk anda.....de SOJA baik untuk merawati:

- Sengal Tulang
-Sakit Belakang
-Sakit Paha
-Gout
-Sakit-sakit Otot
-Kembung Perut
-Sembelit
-Osteoarthritis

Jika anda berminat UNTUK MENCUBA PRODUK INI sila hubungi

-0164429617
-0164452342
CITRA MADANI ENTERPRISE,NO 39 A,LRG BERTAM INDAH 1,
TMN BERTAM INDAH,
13200 KEPALA BATAS,PULAU PINANG


 
Gambar citra madani
 








 
 product de SOJA



















Thursday, 27 September 2012

penyakit Alzheimer



Banyak kali kita dengar penyakit Alzheimer ni tapi bila suruh terangkan apakah alzheimer itu mulalah kita tergagap nak explainkan...huhuhu.sekarang ni aku nak terangkan apakah maksud penyakit Alzheimer ni yer,,nak tahu silalah baca ,klau tak nak tahu tak payah ambil tahu sampai bila2 pun tak pe,,,hehe,,It's up to you:-)

-Alzheimer ni adalah gangguan otak progresif yang secara perlahan-lahan memusnahkan kemampuan dan ingatan seseorang untuk belajar,berfikir,berkomunikasi dan menjalankan aktiviti harian.Pesakit mengalami perubahan tingkahlaku,selain delusi atau halusinasi.
-kalaulah penyakit itu yang mengubah corak kehidupan dan boleh melemahkan ini boleh dikaitkan dengan kemerosotan jangka hayat.
-Juga dikenali sebagai "selamat tinggal yang panjang".(penyakit ini penyebab utama dementia dikalangan orang tua dan risikonya meningkat bersama usia)boleh juga berlarutan sehingga 20 tahun,dengan pesakit akhirnya terlantar dan memerlukan penjagaan 24 jam sebalum meninggal.
-sehingga kini Alzheimer belum ada penyembuhnya.Tetapi senaman boleh memperbaiki kualiti kehidupan penghidapnya,dengan memberikan mereka kepuasan seolah-olah telah mencapai sesuatu.
Sebab tu la,aku ni suka sangat joging atau cycle setiap petang...hihihi
-Senaman secara berulangan(contohnya berjalan,berbasikal setempat,dan perbuatan seperti melipat pakaian)boleh mengurangkan kegelisahan penghidapnya kerana ia tidak perlu berfikir mengenai apa yang akan dilakukan seterusnya.
-Senaman secara tetap pada umumnya mempunyai pelbagai manfaat bagi penghidap Alzheimer,antaranya:
(1)Menambah mood.
(2)Menikmati tidur yang lebih nyenyak(gangguan tidur adalah perkara biasa bagi penghidap Alzheimer).
(3)Mengurangkan sembelit
(4)Mengurangkan kadar penyakit berkaitan kemerosotan mental.
(5)Mmperbaiki daya ingatan
(6)Mempunyai pergaulan yang lebih baik.

Thursday, 28 June 2012

KESENGSARAAN ITU PENUH HIKMAH.^_*

                                         
                                               Just Usaha,Doa Dan Tawakal jew!



Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,sehingga harus dibenci.kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.

Sesungguhnya ,ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap datang dari hati yang sakit.Begitu juga penderitaan dan bebanan yang dialami oleh seseorang pelajar untuk menuntut ilmu,yang akhirnya menjadikan seseorang pelajar itu seorang ilmuan yang terkemuka.Demikianlah,kerana dia telah bersusah payah di awal perjalannya,sehingga dia boleh menikmati kesenangan di akhirnya.

Ramai orang di dunia yang berjaya menghasilkan karya terbaik,kerana mereka pernah merasakan penderitaan.Di dunia ini,ramai orang yang kaya kerana mereka mampu menjadikan penderitaan sebagai perantaraan mencapai kekayaan .Oleh itu,jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan kesengsaraan, kekuatan bagimu dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti.Jika anda hidup dengan hati yang membara,terbakar dan jiwa yang bergelora kerana penderitaan,akan lebih baik dan lebih terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin,semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

Sumber Pembacaan:Dr'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI'...Terima kasih kepada penulis ini kerana hasil karya beliau memberi dan pencetus semangat kepada aku...he2

ERTI TEMAN SEJATI

                                                  
Semua orang akan melalui kehidupan bersama dengan orang lain iaitu seseorang yang bernama kawan or sahabat.Daripada orang lain yang asing bagi kita menjadi orang yang sangat kita sayangi ,hormati dan saling membantu antara satu sama lain.

Tetapi tak semua orang yang kita jumpa kat dalam dunia ni boleh jadi kawan yang baik untuk diri kita,sebabnya kerana berbezaan yang sangat ketara dalam semua aspek dan tidak dapat menerima kekurangan orang lain,,,contohnya just nak kawan dengan orang yang kaya,cantik,selalu inginkan pujian dan bla bla bla.....(macam la diri tu perfect sangat la kan)...hahax
                                              
                                                           BeSt FrIEnD FoReVeR!^_^

Ketika anda mendapatkan manfaat dari persahabatan dan merasa bahagia dengan persahabatan anda,maka itu dalah kebahagiaan tersendiri buat diri anda.

Di manakah orang  yang saling mencintai demi kemuliaanKu,kenapa pada hari ini tidak ada naungan selain naunganKu.(Al-Hadis)
(Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan,selain perlindunganNya adalah,dua orang yang saling mencintai kerana Allah,saling berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya.(Al-Hadis)


ZOOPHOBIA,,,AKU KE?

                                                                                
Semenjak aku study psikologi,baru la aku tahu ape tu zoophobia,,sedangkan aku pun ada jugak simptom ni..hrmmmmm...
zoophobia tu maksudnya orang yang takut pada binatang,contohnya anjing,lipas,arnab,kucing,kuda,ular,tikus,cicak or whatever la kan..kalau aku pulak takut pada anjing sebab aku ada experience kena kejar dengan anjing dan hampir aku kena langgar dengan kereta masa tu.So,kalau aku nampak anjing off course aku akan melarikan diri untuk menyelamatkan diri,tak kesah la anjing tu anjing liar ke,comel ke ape ke aku mesti akan lari lintang pukang punya la...Huhhhhhh,penat taw kalau dalam situation macam ni..Aku masih ingat lagi anjing tu warna hitam dan sejibik la sama dengan gambar anjing kat bawah ni.

                                               
                                              Wei anjing!ko kalau x kacau hidup aku tak bleh ke?

Setakat ni, hanya anjing je yang aku phobia,kalau binatang lain tu cuma aku geli je, mcm ular N Lintah/pacat..tu je la kot...Binatang yang paling-paling aku suka ialah kucing,hamster and kura kura..



Anda pula bagaimana?ada ke penyakit zoophobia macm aku ni...huhuhuhu