-korang nak tahu tak apa perbezaan antara Jin dan Syaitan ni?So,kalau nak tahu,teruskan pembacaan anda.
1)Syaitan:iaitu golongan yang langsung tiada kebajikan baginya buat selama-lamanya dan namanya akan bertukar menjadi MARID dan IFRIT.
2)Jin:Golongan ini ada yang Soleh dan ada yang fasik,mereka sama dengan golongan manusia,ada yang baik,ada yang jahat,ada yang mukmin dan ada yang kafir.
-Jin ada yang beragama Islam,Yahudi,Nasrani,Majusi dan penyembah berhala.Yang beragama Islam ada yang bermazhab Ahli sunnah,Bid'ah,berfahaman Qadariyah,Murjiah,Syiah dsb.
Makanan Jin
-Ulama mempunyai berbagai-bagai pandangan dalam hal ini,ada yang mengatakan:-
1)Kesemua Jin tidak makan dan tidak minum.
2)Setengah Jin ada makan dan ada setengah di kalangan mereka yang tidak mahu kepada makananan.
3)Kesemua Jin makan dan minum.
-Cara mereka makan pula berbeza:-
1)Mereka hanya mencium sahaja.
2)Makan seperti biasa iaitu mengunyah dan menelan.
Walau bagaimanapun pendapat lebih kuat mengatakan bahawa golongan jin makan dan minum.Sebagaimana Firman Allah S.W.T :
Maksudnya:
''Dan bagi orang yang takut akan taat menghadap Tuhannya ada dua syurga.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?Kedua-dua syurga itu mempunyai pohon-pohon dan buah-buahan.Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buahan yang berpasangan."
Dalam ayat ini menunjukan sesungguhnya Allah menyediakan kepada hamba-hambanya yang taat sama ada jin ataupun manusia dua syurga.Jin dan manusia kedua-duanya masuk syurga dan berseronok padanya ,menunjukkan yg jin itu makan dan minum sebagai balasan Allah kepada mereka selain daripada balasan yang lain.
-Sesungguhnya golongan Jin pernah memohon kepada Rasullah s.a.w mengenai makanan,Sabda Baginda:
Maksudnya:
Bagi kamu setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya yang berada di tangan kamu dilengkapkan sekali dengan dagingnya dan setiap najis binatang ternakan manusia menjadi makanan kepada Jin.
-Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada kita yang syaitan makan dan minum dengan tangan kiri dan memerintahkan kita supaya jangan menurut tabiat mereka.
No comments:
Post a Comment